Wednesday, June 14, 2017

TANJUNG HOMESTAY ( GONG PAUH, KEMAMAN ) | RM180/day | Banglo 3R2B


TANJUNG HOMESTAY (GONG PAUH, KEMAMAN) | RM180/day | Banglo 3R2B




Rumah Banglo (Corner Lot)
  • 3 bilik tidur berhawa dingin
  • 2 bilik air mempunyai heater (1 attached to master bedroom)
  • 2 Ruang Tamu ( Ruang tamu pertama & kedua )
  • Dapur gas + kettle
  • Peti sejuk
  • Mesin basuh semi automatik 
  • Iron + iron board
  • TV
  • Ruang parkir berpagar yang luas
  • Buaian 

Master bedroom
1. 1 Katil Queen
2. Aircond
3. Bilik Air (ada heater)
4. Kipas
5. Extra Mattress & bantal disediakan
6. Sejadah disediakan
7. Iron & iron board

Bilik Ke 2
1. 2 Katil single
2. Aircond
3. Kipas
4. Extra Mattress disediakan
5. Sejadah disediakan

Bilik Ke 3
1. 2 Katil single
2. Aircond
3. Kipas
4. Sejadah disediakan


Dapur
1. Dapur Gas
2. Peti Sejuk
3. Meja Makan
4. Pinggan Mangkuk
5. Kettle/cerek air 
6. Mesin basuh semi auto 


Kadar Sewa
RM180/sehari. Harga boleh dirunding untuk tempoh sewa 2 hari ke atas. 
* RM 50 untuk tempahan tarikh. Perlu dibayar dalam 48 jam atau tempahan dibatalkan jika ada permintaan tempahan lain untuk tarikh yang sama.
** RM100 deposit semasa check in. Akan dipulangkan jika tiada kerosakan semasa check out

Lokasi 
Lot 19330, Lorong Tanjung 2, Off Jalan Tanjung, Kg Gong Pauh, 24000 Kemaman

Contact Number
019-983 6362 (En. Ahmad) atau 019-934 6746  (Pn. Aini) 


Syarat Tempahan
  • Sebagai pengesahan tempahan, pelanggan dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM50. (No. akaun akan dimaklumkan kemudian). Kegagalan untuk berbuat demikian dalam tempoh 48 jam, pihak Tanjung Homestay Gong Pauh berhak untuk membatalkan tempahan anda sekiranya terdapat tempahan lain untuk tarikh yang sama.
  • RM100 dikenakan sebagai wang cagaran ketika check in sekiranya berlaku kerosakan ke atas homestay. Wang RM100 akan dipulangkan ketika check out jika tiada kerosakan selepas pihak Tanjung Homestay memeriksa rumah.
  • Baki wang MESTILAH dibayar sewaktu check in pada hari tersebut secara 'TUNAI
Prosedur Check In
  • Masa check in    : 2 petang (Boleh masuk awal sekiranya tidak ada penginap pada hari tersebut. Sila berhubung dengan kami untuk kemasukan awal.)
  • Masa check out  : 12 tengahari (Boleh keluar lewat sekiranya tidak ada penginap pada hari tersebut. Sila berhubung dengan kami untuk keluar lewat)

  • Kunci boleh diambil pada tarikh check in
  • Baki bayaran perlu dibayar semasa check in secara TUNAI
  • Atas faktor keselamatan, para pelanggan dikehendaki menyerahkan satu salinan Kad Pengenalan sewaktu check in



Berhampiran Homestay :
12 km - Pantai Cherating
3.8 km - Pantai Chendor
4 km - Pantai Teluk Mak Nik / Intan Wilayah Timur
3.2 km - Masjid Besar Geliga Kemaman
3 km - Hentian Bas Ekspress Kemaman
2.5 km - gerai-gerai menjual hasil laut ( keropok lekor, otak-otak, satar, etc)
​1.0 km - Dobi

Pusat pengajian berdekatan :
3.1 km - Ranaco Training Centre-RTC
8 km - Sekolah Menengah Elit Mak Lagam SME
6.5 km - Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kemaman-KKTM
1.7 km - Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai-SMKC

Pusat Perkhidmatan Awam dan Swasta berdekatan :

2 km - Hospital Besar Chukai Kemaman
0.6 km - Niosh Kemaman
0.1 km - Bank Cimb, Maybank, RHB, Sengheng, Bank Islam.
2 km - Pejabat Daerah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman.-MPK, PDK
0.1 km - Pusat bandar Chukai Kemaman
12.8km- Mini Zoo Kemaman
2.0 km - Honda, Proton, Perodua dan banyak pusat service kereta
12 km - Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB)

Jemput singgah menginap di Tanjung Homestay Gong Pauh. Sewa serendah RM180/sehari untuk rumah Banglo 3 bilik.   Harga boleh dirunding untuk tempoh sewa 2 hari ke atas.
Hubungi 019-983 6362 (En. Ahmad) atau 019-934 6746  (Pn. Aini) 
**Pakej mencandat sotong/memancing boleh disediakan.


*********** GAMBAR **********

Banner Tanjung Homestay Gong Pauh di hadapan pintu pagar. Rumah corner lot.





Kawasan laman homestay yang luas. Boleh memuatkan 4 - 5 biji kereta sekiranya pandai susun.



Buaian turut disediakan di laman Tanjung Homestay. Sesuai untuk bersantai bersama keluarga atau kanak-kanak bermain.




Ruang tamu pertama 
Terdapat sofa & TV sesuai untuk ruang santai



Ruang tamu kedua 
Terdapat meja makan sesuai untuk bersantai sambil menikmati hidangan





Master bedroom
1. 1 Katil Queen
2. Aircond
3. Bilik Air (ada heater)
4. Kipas
5. Extra Mattress & bantal disediakan
6. Sejadah disediakan




Bilik air pertama (attached Master bedroom). Mempunyai heater



Bilik Ke 2
1. 2 Katil single
2. Aircond
3. Kipas
4. Extra Mattress disediakan
5. Sejadah disediakan




Bilik Ke 3
1. 2 Katil single
2. Aircond
3. Kipas
4. Sejadah disediakan



Bilik air ke dua turut mempunyai heatear



Dapur
1. Dapur Gas
2. Peti Sejuk
3. Meja Makan
4. Pinggan Mangkuk
5. Kettle/cerek air 
6. Mesin basuh semi auto 






Meja laman sesuai untuk bersantai beramai-ramai.




Jemput singgah menginap di Tanjung Homestay Gong Pauh. Sewa serendah RM180/sehari untuk rumah Banglo 3 bilik.   Harga boleh dirunding untuk tempoh sewa 2 hari ke atas.
Hubungi 019-983 6362 (En. Ahmad) atau 019-934 6746  (Pn. Aini) 
**Pakej mencandat sotong/memancing turut disediakan.


Tuesday, June 13, 2017

Terma & syarat Tanjung Homestay Gong Pauh






++ Syarat Tempahan ++
  • Sebagai pengesahan tempahan, pelanggan dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM50. (No. akaun akan dimaklumkan kemudian). Kegagalan untuk berbuat demikian dalam tempoh 48 jam, pihak Tanjung Homestay Gong Pauh berhak untuk membatalkan tempahan anda sekiranya terdapat tempahan lain untuk tarikh yang sama.
  • RM100 dikenakan sebagai wang cagaran ketika check in sekiranya berlaku kerosakan ke atas homestay. Wang RM100 akan dipulangkan ketika check out jika tiada kerosakan selepas pihak Tanjung Homestay memeriksa rumah.
  • Baki wang MESTILAH dibayar sewaktu check in pada hari tersebut secara 'TUNAI
++ Prosedur Check In ++
  • Masa check in    : 2 petang (Boleh masuk awal sekiranya tidak ada penginap pada hari tersebut. Sila berhubung dengan kami untuk kemasukan awal.)
  • Masa check out  : 12 tengahari (Boleh keluar lewat sekiranya tidak ada penginap pada hari tersebut. Sila berhubung dengan kami untuk keluar lewat)
  • Kunci boleh diambil pada tarikh check in
  • Baki bayaran perlu dibayar semasa check in secara TUNAI
  • Atas faktor keselamatan, para pelanggan dikehendaki menyerahkan satu salinan Kad Pengenalan sewaktu check in

++ Peraturan Umum ++
  1. Sila pastikan semua pintu & tingkap ditutup dikunci jika tiada di homestay.
  2. Pastikan pintu pagar utama ditutup setiap kali anda meninggalkan homestay.
  3. Merokok adalah dilarang di dalam rumah bagi menggelakkan kebakaran & rumah berbau.
  4. Membawa arak / makanan yang tidak halal seperti khinzir.
  5. Dilarang berkhalwat.
  6. Sila buang sampah di dalam tong sampah yang telah disediakan.
  7. Jangan biarkan suis dalam keadaan ON sekiranya tiada di homestay.
  8. Segala bentuk senjata tajam & merbahaya adalah diharamkan.
  9. Segala masalah teknikal seperti mentol lampu tidak menyala, sinki & tandas tersumbat hendaklah dilaporkan segera kepada pemilik homestay.
  10. Membawa masuk binatang peliharaan adalah dilarang sama sekali.
  11. Kunci homestay yang hilang akan dikenakan bayaran sebanyak RM 40.00.
  12. Membuat kunci pendua(duplicate key) adalah dilarang.
  13. Segala kelengkapan yang disediakan seperti TV, Kipas, Penghawa Dingin, Peti Sejuk, Dapur dan sebagainya hendaklah dijaga dengan baik.
  14. Jika terdapat kelengkapan yang hilang akan dikenakan bayaran mengikut senarai yang telah ditentukan oleh pemilik homestay 
  15. Dilarang memaku @ menconteng dinding di dalam atau di luar homestay.
  16. Tidak menyimpan , membawa apa-apa senjata/senjata api, alat letupan/bahan letupan, apa-apa barang yang mudah terbakar/merbahaya & barang-barang yang salah di sisi undang-undang.
  17. Tidak menggunakan homestay ini untuk kegiatan haram, tidak bermoral, sama ada perniagaan/perdagangan & perjudian dalam apa jua bentuk sekali pun.
  18. Masa mendaftar masuk adalah pukul 2.00 pm dan masa keluar pukul 12.00 pm
Segala kehilangan barang peribadi, kemalangan & perkara yang tidak diingini tetamu adalah di bawah pengawasan & tanggungjawab pihak tetamu sendiri. Pihak Tanjung Homestay Gong Pauh tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan / kemalangan / kejadian tidak diingini sepanjang tempoh penginapan.

Lirik Lagu Blues Terengganu Kita – Iklim


Kalu tuang gi pata timor
Jangan lupa maghi sokmo
Negeri terengganu memang sohor
Tempat molek, tanah subor
Tempak Molek, tanah suhor
Na na na na na Terengganu kita ( 2X )

Hoi guang gamoik tu
Yak kelih wak tangi

Pulau kapas, Pulau Redang
Kita lalu ikut Marang
Jangan lupa kuala berang
Sekayu comel, zaman berzaman
Sekayu comel, zaman berzaman
Na na na na na Terengganu kita ( 2X )

Hoy hoy hoy
bangun ke laut eeh…
takat ikang di Kuala Kemamang
Petang-petang wat kerpok gete
Ramai orang, atah gere

Main dam dua tiga papang
Dok sedor sampai ke malang
Kedai payang jual budu belacang
Batek tembaga dan macang-macang

Kalu nok tra nasi dagang
Kita pakat gi kampong ladang
Buat bekal gi merang
Di setiu pata peranginan
Singgah sebetor ke rantau abang
Kita tengok penyu telor
Kita tengok penyu telor

Selamt datang wei…
Tempat kami ramai-ramai
Selamat datang
Negeri kami

Kita singgoh kat primula
Batu burok tepi pata
Laut biru di tanjong jara
Tempat rilek orang dok kacai
Tempat rilek anok-anok dara
comel-comel belaka…
Na na na na na Terengganu kita ( 2X )




Kalau berkunjung ke Kemaman, jemput singgah menginap di Tanjung Homestay Gong Pauh. Sewa serendah RM150/sehari untuk rumah Banglo 3 bilik.   Harga boleh dirunding untuk tempoh sewa 2 hari ke atas.
Hubungi 019-983 6362 (En. Ahmad) atau 019-934 6746  (Pn. Aini) 

**Pakej mencandat sotong/memancing boleh disediakan.

Lirik Lagu Rakyat Terengganu – Watimang Landok

Watimang watimang landok
Landok sesama landok
Turun ke pantai lah dek nandung membeli beras
Kalau hendok sesama hendok
Watimang watimang landok
Gajoh berantai lah dek nandung
Lagikan terlepas
Nyor manih pelepoh lembut
Watimang watimang landok
Habis dimakang lah dek nandung
Si gajah gila
Mulut manis hati pong lembut
Watimang watimang landok
Bagaimanalah dek nandung
Hatilah dok giler
Watimang watimang landok
Landok sesama landok
Turun ke pantai lah dek nandung membeli beras
Kalau hendok sesama hendok
Watimang watimang landok
Gajoh berantai lah dek nandung
Lagikan terlepas
Balik bukit kerja raya
Watimang watimang landok
Tempat orang lah dek nandung
Gergaji kayu
Tuan tak belas ke melihat saya
Watimang watimang landok
Siang malang lah dek nandung
Menanggung rindu
Watimang watimang landok
Landok sesama landok
Turun ke pantai lah dek nandung membeli beras
Kalau hendok sesama hendok
Watimang watimang landok
Gajoh berantai lah dek nandung
Lagikan terlepas
Pisang kelat masok di recoh
Watimang watimang landok
Daun selasih lah dek nandung
Ku lurut juga
Bulang gelap tanoh pong lecoh
Watimang watimang landok
Hati kasih lah dek nandung
Ku turut juga
Watimang watimang landok
Landok sesama landok
Turun ke pantai lah dek nandung membeli beras
Kalau hendok sesama hendok
Watimang watimang landok
Gajoh berantai lah dek nandung
Lagikan terlepas
Sumber : sini
Kalau berkunjung ke Kemaman, jemput singgah menginap di Tanjung Homestay Gong Pauh. Sewa serendah RM180/sehari untuk rumah Banglo 3 bilik.   Harga boleh dirunding untuk tempoh sewa 2 hari ke atas.
Hubungi 019-983 6362 (En. Ahmad) atau 019-934 6746  (Pn. Aini) 
**Pakej mencandat sotong/memancing boleh disediakan.

SEJARAH KEMAMAN



Kemaman merupakan daerah di negeri TerengganuMalaysia. Ia berada pada kedudukan koordinat 4° 13' 60" Utara dan 103° 27' 0" Timur, pusat daerah Kemaman ialah Chukai. Keluasan daerah Kemaman ialah 8,000 batu persegi (254,000 hektar), ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun. Kemaman mengadap Laut China Selatan. Kemaman merupakan salah satu gerbang masuk ke Terengganu ini. Daerah Kemaman bersempadan dengan Daerah Dungun di sebelah utara manakala di sebelah selatan pula bersempadan dengan Negeri Pahang. Ia berada pada kedudukan koordinat 4° 13' 60" Utara dan 103° 27' 0" Timur, pusat daerah Kemaman ialah Chukai. Keluasan daerah Kemaman ialah 8,000 batu persegi (254,000 hektar), ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun  
Sumber : Wikipedia

SEJARAH awal Daerah Kemaman, terutama mengenai sejarah pembukaan dan perkembangan seterusnya sehinggalah ke akhir abad ke 18 adalah kabur sekali kerana sehingga kini belum lagi terdapat sebarang bukti bertulis yang dapat dijadikan bukti untuk melihat tentang sejarah awal pembukaannya.

Sebagaimana negeri-negeri atau daerah-daerah lain di Tanah Melayu, dipercayai juga bahawa sungguhpun sejarah awal Daerah Kemaman adalah kabur, tetapi penduduk- penduduk tempatan umumnya mengakui bahawa Daerah Kemaman juga mempunyai sejarah awalnya. Kepercayaan mereka ini didasarkan kepada terdapatnya satu kawasan tanah perkuburan lslam yang dianggap umum oleh penduduk tempatan sebagai kubur yang tertua sekali di daerah ini1 terletak disatu kawasan di tengah-tengah bandar Cukai (lebih kurang 100 ela dari masjid lama Cukai, Kemaman).

Terdapat satu lagi pendapat yang agak kontravesi dengan pendapat lisan di atas mengenai sejarah awal pembukaan Daerah Kemaman. Pendapat ini telah dikemukakan oleh Dato' `Jaya Perkasa di dalam artikelnya yang terdapat di dalam Annual Report of Trengganu, tahun 1925. Catitan bertulis tersebut adalah merupakan catitan yang terawal sekali yang dapat dikesan setakat ini mengenai sejarah pembukaan dan perkembangan Daerah Kemaman dari awal tahun 1800 hingga akhir tahun 1890an. Sebagaimana yang dinyatakan di atas, catitan ini adalah berbeza dengan cerita lisan terutama tentang tarikh Daerah Kemaman mulai diterokai atau dibuka.

Mengikut catitan bertulis itu Daerah Kemaman telah dibuka oleh Lebai Saras, seorang bangsawan dari Patani, disekitar tahun 1810-an. Dikatakan bahawa beliaulah yang mula-mula membuka Kampung Nyior dan membuat penempatan pertama di situ. Juga dikatakan bahawa Kampung Nyiorlah merupakan kampung yang pertama sekali dibuka di daerah ini. Selepas membuka Kampong Nyior, dikatakan bahawa Lebai Saras telah menjadi pemerintah pertama bagi Daerah Kemaman.

Dari segi sejarah lisan tempatan pula, Daerah Kemaman mula di terokai kira-kira 300 tahun yang lalu oleh Che Wan Teh iaitu bangsawan Pahang yang Berhijrah dari Kuala Pahang berikuyan kekacauan dan huru hara di sana. Beliau telah membuka penempatan pertama di kawasan pantai di Kampung Bukit Mengkuang. Setelah itu, Che Wan Teh telah berpindah dan membuka Perkampungan di Tanjung Geliga. Walau bagaimanapun, Penempatan baru ini sering di ancam lanun dan perompak yang menyebabkan Che Wan Teh dan pengikutnya telah sekali lagi berpindah dan meneroka kawasan baru di Kampung Cukai.

Lebai Saras dikatakan seorang yang berani dan alim. Beliau bersama-sama dengan anaknya, En. Abu Bakar, juga seorang yang pintar dalam ilmu hulubalang dan pengikut-pengikutnya telah lari dari Patani setelah gagal dalam satu pemberontakan Patani menentang serangan Siam dalam tahun 1810. Dalam kejadian tersebut, Dato’ Pengkalan iaitu Raja Patani telah terbunuh manakala Lebai Saras dan pengikutnya berjaya menyelamatkan diri.

Apabila rombongan Lebai Saras sampai di Kemaman mereka telah singgah seketika di Kampung Kuala Kemaman. Kemudian mereka belayar mudik melalui Sungai Kemaman ke ulu dan akhirnya berhenti di satu tempat yang bernama Kampung Nyior. Beliau (Lebai Saras) telah menyuruh orang-orangnya membersihkan tempat itu dan kawasan sekitarnya untuk dibuat satu penempatan baru dan terus menetap di situ. Dato' Jaya didalam tulisannya mengatakan bahawa;

He (Lebai Saras) was the first man to settle at Kampung Nyior, in Kemaman river about six miles from the mouth, where he made a clearing and settlement.

Kedatangan Lebai Saras dan En. Abu Bakar ke Kemaman telah menempah satu sejarah penting dari segi kemunculan penempatan-penempatan baru di Daerah Kemaman. Juga kedatangan mereka ke daerah ini telah mencetuskan satu peristiwa penentangan secara terbuka buat kali pertama di dalam sejarah Negeri Trengganu terhadap kewibawaan dan kekuasaan Yang Dipertuan Trengganu. Akibat dari penentangan itu telah berlaku satu peperangan kecil antara Lebai Saras dan pengikut-pengikutnya di satu pihak dengan orang-orang Yang Dipertuan Trengganu di pihak yang lain. Peristiwa itu dikenali oleh penduduk tempatan di Daerah Kemaman sebagai Peristiwa Lebai Saras.

Disebabkan Lebai Saras seorang yang alim, berketurunan bangsawan dan terkenal pula dengan ilmu kepahlawanannya, maka beliau telah dihormati dan disegani oleh penduduk tempatan di daerah ini.

Lebai Saras telah diterima sebagai guru ugama, pemimpin dan pemerintah mereka. Hal ini lebih menggalakkan lagi apabila beliau (Lebai Saras) dan anaknya En. Abu Bakar mendapat tahu dari penduduk-penduduk tempatan bahawa Daerah Kemaman adalah bebas dari pengaruh Yang Dipertuan Trengganu di Kuala Trengganu. Oleh itu timbullah hasrat En. Abu Bakar terutamanya, untuk mengembangkan lagi Daerah Kemaman dengan cara membuka lebih banyak lagi kampung-kampung yang baru, terutamanya di kawasan-
kawasan pendalaman.

Dengan inisiatif Lebai Saras, beliau telah menggalakkan pembukaan lebih banyak lagi penempatan (kampung) baru di kawasan pendalaman. Dengan itu muncullah beberapa buah kampung-kampung baru disamping kampung-kampung yang telah sedia ada sebelumnya di Daerah Kemaman, Antara kampung-kampung yang baru muncul itu seperti Kampung Mat Chili, Kampung Mat Dagang, Kampung Pasir Tengku, Kampung Tempurung, Kampung Jabor. dan lain-lain lagi. Dikatakan bahawa setengah-setengah daripada kampung di atas diberi nama mengikut nama ketua kumpulan yang bertanggungjawab membuka satu-satu kampung baru itu.

Dalam hal ini Kampung Mat Chili (sekarang dikenali Mak Chili) dan Kampung Mat Dagang (Mak Lagam) adalah sebagai contohnya. Selanjutnya Lebai Saras telah melantik tiap-tiap orang ketua kumpulan tadi menjadi ketua kampung di kampung-kampung yang mereka terokai itu. Langkah yang diambil oleh Lebai Saras ini dapatlah disifatkan sebagai satu fatktor pendorong untuk ketua-ketua kumpulan atau ketua-ketua keluarga lain membuka penempatan baru yang belum lagi dibuka di kawasan-kawasan pendalaman di daerah ini.


Dengan semakin berkembangnya jumlah kampung-kampung yang baru dibuka, maka semakin ramailah orang-orang dari luar daerah Kemaman berpindah dan menetap di daerah itu. Perpindahan ini juga secara tidak langsung telah menaikkan lagi pengaruh dan kemasyhuran Lebai Saras di kalangan penduduk-penduduk tempatan. Kemasyhuran dan kekuasaan Lebai Saras terhadap penduduk tempatan dapat dilihat dari kata-kata
di bawah;

Beliau (Lebai Saras) selalu sahaja diusung oleh pengikut-pengikutnya di atas usungan khas yang dibuat untuknya sambil melawat kawasan-kawasan padi tiap-tiap musim menuai.

Aktiviti Lebai Saras dan anaknya En. Abu Bakar akhirnya sampai ke pengetahuan pihak Yang Dipertuan Trengganu di Kuala Trengganu. Justru itu timbullah fitnah di kalangan pembesar-pembesar istana yang mengatakan Lebai Saras dan En. Abu Bakar cuba mengumpul orang-orangnya di Daerah Kemaman untuk menentang Yang Dipertuan Trengganu. Oleh itu Sultan Ahmad Syah l telah memerintah Tengku Kembal pergi ke Kemaman untuk menangkap Lebai Saras dan anaknya untuk di bawa ke Kuala Trengganu.

Apabila angkatan Tengku Kembal sampai di Kemaman (tujuan kedatangan angkatan Tengku Kembal itu diketahui oleh Lebai Saras) Lebai Saras pun mengumpulkan orang- orangnya untuk menentang angkatan Tengku Kembal. Oleh itu berlakulah peperangan kecil antara orang-orang Tengku Kembal dengan pengikut-pengikut Lebai Saras yang diketuai oleh En. Abu Bakar. Akhirnya Lebai Saras dan En. Abu Bakar berjaya ditangkap dan kedua-duanya di bawa ke Kuala Trengganu. Kedua-dua dihukum penjara oleh
Yang Dipertuan Trengganu.

Seperti yang telah dikatakan di atas, kemunculan Lebai Saras dan anaknya, En. Abu Bakar didalam politik di Daerah Kemaman dan sebagai pemerintah di daerah itu telah membawa beberapa peristiwa penting di dalam sejarah Daerah Kemaman di sekitar tahun- tahun 1810an. Antara beberapa peristiwa penting yang berlaku dimasa pemerintahan Lebai Saras di Daerah Kemaman yang dapat penulis rumuskan bahawa Lebai Saras adalah merupakan orang yang pertama memberi nama Kemaman kepada salah satu kampong (tempat) di dalam daerah tersebut, iaitu kampung Kuala Kemaman sekarang ini. Selepas itu perkataan Kemaman digunakan untuk merujuk kepada seluruh daerah tersebut.

Dikatakan bahawa fitnah tersebut telah disebar dan disampaikan kepada pembesar-pembesar istana di Kuala Trengganu oleh seorang raja lanun yang pernah ditewaskan oleh En. Abu Bakar ketika beliau (raja lanun) berada di Daerah Kemaman untuk menjalankan aktiviti mencuri/merompak.

Lebai Saras dikatakan telah meninggal dunia di dalam penjara beberapa tahun kemudiannya setelah dikenakan hukuman sula dengan suda nipah. Mayatnya telah di bawa pulang ke daerah Kemaman dan dikuburkan di Kampung Nyior, Kemaman. Sehingga sekarang pusaranya masih lagi terdapat di kamupung itu dan selalu dikunjungi oleh penduduk-penduduk tempatan.

Mengikut sumber-sumber lisan dikatakan bahawa Lebai Saraslah yang telah menamakan daerah ini sebagai Kemaman. Nama itu diberikan sewaktu beliau menjadi pemerintah di daerah Kemaman. Mengikut penerangan yang diberikan oleh En. Wan Salleh bin Abdullah kepada penulis mengatakan bahawa pada zaman dahulu di kawasan kampung Cukai banyak terdapat sejenis pokok yang dipanggil pokok Maman tumbuh disekitar kawasan itu. Pada tiap-tiap petang didapati beberapa kumpulan kera yang datang ke kawasan itu untuk memakan pucuk-pucuk Maman itu. Lalu tempat tersebut dinamakan "Kemaman", iaitu diambil dari dua perkataan Kera dan Maman. Lalu disingkatkan menjadi Kemaman.

Mengikut sumber bertulis pula yang diberikan oleh En. Baharuddin Adam di dalam Majalah Kiblat, Keluaran Mei 1976, mengatakan bahawa diwaktu mula-mula Lebai Saras sampai di daerah Kemaman, beliau telah melihat seekor binatang yang ganjil. Rupanya seperti "kera" tetapi badannya lebih kecil dari kera biasa. Lalu Lebai Saras menamakan tempat itu (iaitu Kuala Kemaman sekarang) "Kemaman", iaitu diambil dari dua perkataan "Kera" dan "Man". Dikatakan perkataan "Man" itu bererti "saya/aku". Kemudiannya kedua-dua perkataan itu disingkatkan menjadi perkataan "Kemaman", dan nama itu kekallah sehingga ke hari ini.

Sekarang ini perkataan "Kemaman" merujuk kepada nama seluruh daerah Kemaman sebagai satu unit pentadbiran merangkumi semua kampung dan mukim yang ada di dalam daerah itu. Sebelum itu nama Kemaman sebagai satu unit pentadbiran tidak ada. Yang ada hanya nama kampung-kampung yang ada di kawasan Chukai sahaja seperti Kampung Chukai, Kampung Limbong, Kampung Tuan dan sebagainya. Kedua, Lebai Saras telah berjaya mengubah sikap penduduk tempatan dari cenderong tertumpu di kawasan tebing atau muara sungai kepada kawasan-kawasan pendalaman yang agak jauh dari kedua-dua tempat tadi. Ketiga, penentangan Lebai Saras dan pengikut-pengikutnya terhadap Yang Di pertuan Trengganu adalah merupakanpenentangan secara "terbuka" yang pertama pernah berlaku di dalam sejarah Negeri Trengganu, sungguhpun tidak semua penduduk-penduduk tempatan turut terlibat.

Akhirnya, dengan tertangkapnya Lebai Saras dan En. Abu Bakar oleh Tengku Kembal baharulah pihak Yang Dipertuan Trengganu di Kuala Trengganu mulai mengenakan pengawasannya secara langsung ke atas pentadbiran di Daerah Kemaman dengan cara menghantar pembesar-pembesar baginda ke Daerah Kemaman untuk memerintah daerah itu sebagai wakil bag/nda. Sebagai contohnya, antara akhir tahun-tahun 1810an sehinggalah menjelangnya abad ke 20, pihak Yang Dipertuan Trengganu telah menghantar satu siri pembesar-pembesar baginda untuk memerintah Kemaman sebagai wakil raja di daerah tersebut.

Sumber : Forum




Kalau berkunjung ke Kemaman, jemput singgah menginap di Tanjung Homestay Gong Pauh. Sewa serendah RM180/sehari untuk rumah Banglo 3 bilik.   (Harga boleh dirunding untuk tempoh sewa 2 hari ke atas.)
Hubungi 019-983 6362 (En. Ahmad) atau 019-934 6746  (Pn. Aini) 

**Pakej mencandat sotong/memancing boleh disediakan. 

TANJUNG HOMESTAY ( GONG PAUH, KEMAMAN ) | RM180/day | Banglo 3R2B

TANJUNG HOMESTAY (GONG PAUH, KEMAMAN)  | RM180/day | Banglo 3R2B Rumah Banglo (Corner Lot) 3 bilik tidur berhawa dingin ...