++ Syarat Tempahan ++
- Sebagai pengesahan tempahan, pelanggan dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM50. (No. akaun akan dimaklumkan kemudian). Kegagalan untuk berbuat demikian dalam tempoh 48 jam, pihak Tanjung Homestay Gong Pauh berhak untuk membatalkan tempahan anda sekiranya terdapat tempahan lain untuk tarikh yang sama.
- RM100 dikenakan sebagai wang cagaran ketika check in sekiranya berlaku kerosakan ke atas homestay. Wang RM100 akan dipulangkan ketika check out jika tiada kerosakan selepas pihak Tanjung Homestay memeriksa rumah.
- Baki wang MESTILAH dibayar sewaktu check in pada hari tersebut secara 'TUNAI
++ Prosedur Check In ++
- Masa check in : 2 petang (Boleh masuk awal sekiranya tidak ada penginap pada hari tersebut. Sila berhubung dengan kami untuk kemasukan awal.)
- Masa check out : 12 tengahari (Boleh keluar lewat sekiranya tidak ada penginap pada hari tersebut. Sila berhubung dengan kami untuk keluar lewat)
- Kunci boleh diambil pada tarikh check in
- Baki bayaran perlu dibayar semasa check in secara TUNAI
- Atas faktor keselamatan, para pelanggan dikehendaki menyerahkan satu salinan Kad Pengenalan sewaktu check in
++ Peraturan Umum ++
- Sila pastikan semua pintu & tingkap ditutup dikunci jika tiada di homestay.
- Pastikan pintu pagar utama ditutup setiap kali anda meninggalkan homestay.
- Merokok adalah dilarang di dalam rumah bagi menggelakkan kebakaran & rumah berbau.
- Membawa arak / makanan yang tidak halal seperti khinzir.
- Dilarang berkhalwat.
- Sila buang sampah di dalam tong sampah yang telah disediakan.
- Jangan biarkan suis dalam keadaan ON sekiranya tiada di homestay.
- Segala bentuk senjata tajam & merbahaya adalah diharamkan.
- Segala masalah teknikal seperti mentol lampu tidak menyala, sinki & tandas tersumbat hendaklah dilaporkan segera kepada pemilik homestay.
- Membawa masuk binatang peliharaan adalah dilarang sama sekali.
- Kunci homestay yang hilang akan dikenakan bayaran sebanyak RM 40.00.
- Membuat kunci pendua(duplicate key) adalah dilarang.
- Segala kelengkapan yang disediakan seperti TV, Kipas, Penghawa Dingin, Peti Sejuk, Dapur dan sebagainya hendaklah dijaga dengan baik.
- Jika terdapat kelengkapan yang hilang akan dikenakan bayaran mengikut senarai yang telah ditentukan oleh pemilik homestay
- Dilarang memaku @ menconteng dinding di dalam atau di luar homestay.
- Tidak menyimpan , membawa apa-apa senjata/senjata api, alat letupan/bahan letupan, apa-apa barang yang mudah terbakar/merbahaya & barang-barang yang salah di sisi undang-undang.
- Tidak menggunakan homestay ini untuk kegiatan haram, tidak bermoral, sama ada perniagaan/perdagangan & perjudian dalam apa jua bentuk sekali pun.
- Masa mendaftar masuk adalah pukul 2.00 pm dan masa keluar pukul 12.00 pm
Segala kehilangan barang peribadi, kemalangan & perkara yang tidak diingini tetamu adalah di bawah pengawasan & tanggungjawab pihak tetamu sendiri. Pihak Tanjung Homestay Gong Pauh tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan / kemalangan / kejadian tidak diingini sepanjang tempoh penginapan.
No comments:
Post a Comment